About Us

TENTANG KAMI

Pewaris Gemilang Sdn Bhd (PGSB) adalah sebuah syarikat percetakan milik bumiputera sepenuhnya dan diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada tanggal 24 Disember 2014. Pejabat urusan kami di No. 27G, Jalan Putra 8, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor dengan menawarkan perkhidmatan percetakan digital, inkjet, senireka grafik dan perkhidmatan fotokopi.

Kini, kami mempunyai dua tempat pengeluaran/kilang iaitu di No. 16G, Jalan Putra 8, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor sebagai tempat pengeluaran barang-barang digital dan di No. 1G, 3G & 5G, Jalan Putra 8, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor sebagai tempat pengeluaran barang-barang inkjet.

Kami adalah sebuah syarikat yang secara sedar diurus supaya berlainan. Kami menumpukan kepada perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dengan mengambilkira hubungan jangka panjang. Bukan sekadar komitmen jualan, kami berurusan dengan layanan profesional dan peribadi. Kami berharap anda berasa selesa dengan cara kerja kami dan menghargai perhubungan bersama kami.

Kami membantu anda menyelesaikan masalah, meramal cabaran dan memberikan kaedah penyelesaian. Masalah anda adalah komitmen kami untuk mengatasinya. Kami berjanji akan sentiasa bekerja lebih kuat, sedaya upaya kami untuk kepuasan semua pelanggan kami.

Kenapa kami berani untuk menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan berkualiti? Ini adalah kerana syarikat kami mempunyai mesin-mesin percetakan sendiri tanpa menggunakan orang tengah untuk menjalankan operasi pengeluaran. Kami mengawal sendiri masa yang akan digunakan untuk setiap proses pengeluaran dengan dibantu oleh tenaga kerja yang berpengalaman.

Kami juga yakin, kami boleh menjadi rakan percetakan yang boleh dipercayai untuk pelanggan kami yang kami sangat hargai.

Secara keseluruhannya, kami akan lakukan segalanya untuk memudahkan kerja semua pelanggan kami.

Alhamdulillah. Pada tanggal 16 April 2018, Pewaris Gemilang Sdn Bhd telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd dan IQ NET di atas pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) yang menepati piawaian pensijilan MS ISO 9001:2015.