Click below for a short description on the type of stickers available.


MIRRORCOTE STICKER sangat sesuai sebagai label produk yang memberikan keterangan kepada produk anda. Antaranya tarikh luput produk anda, cara untuk hubungi anda dan sebagainya. Sticker jenis ini biasanya dicetak dalam lembaran (sheets) dan ia sudah dipotong secara kiss-cut mengikut potongan design anda.
MIRRORCOTE STICKER secara ringkas:
☑ Sticker yang seringkali digunakan sebagai label produk
☑ Digunakan secara meluas oleh industri percetakan
☑ Permukaan licin (glossy)
☑ Bukan jenis waterproof tetapi masih tahan lasak
☑ Diperbuat daripada kertas
MIRRORCOTE STICKER sesuai untuk:
1. Label produk, pembungkusan, dan sebagainya;
2. Label pada cenderahati majlis (doorgift).


PVC WHITE STICKER diperbuat daripada vynil atau bahan plastik. Sticker jenis ini tahan lasak, kalis air dan juga cuaca. Dicetak menggunakan pencetak laser. Kelihatan lebih menarik kerana mempunyai permukaan yang lebih glossy berbanding sticker dari jenis lain.
PVC WHITE STICKER secara ringkas:
☑ Diperbuat daripada material plastik dengan base putih
☑ Kalis air
PVC WHITE STICKER sesuai untuk:
1. Label produk, pembungkusan, dan sebagainya;
2. Label produk basah, minuman dan makanan sejuk beku (frozen food);
3. Digunakan secara meluas untuk label, cenderahati dan dekorasi; 4. Cenderahati untuk kelab, event dan sebagai bahan promosi.


TRANSPARENT STICKER merupakan sticker lutcahaya (transparent) atau tembus pandang (see-through) yang digunakan untuk menunjukkan maklumat tentang produk tetapi tidak ingin tertutup oleh sticker itu sendiri. Biasanya digunakan pada souvenir, botol/balang kaca atau plastik dan lain-lain.
TRANSPARENT STICKER secara ringkas:
☑ Sticker jenis tembus pandang (see through)
☑ Kalis cuaca dan air
☑ Boleh bertahan dalam tempoh lama
TRANSPARENT STICKER sesuai untuk:
1. Label produk pada barangan kaca dan plastik;
2. Dekorasi;
3. Label produk basah, minuman dan makanan sejuk beku (frozen food).


CAR ROADTAX STICKER sama seperti white sticker yang ditampal pada cermin kereta. Cuma perbezaannya terdapat ruang petak kosong di tengah-tengah untuk diletakkan roadtax di dalamnya.
CAR ROADTAX STICKER secara ringkas:
☑ Diperbuat daripada material plastik dengan base putih
☑ Kalis air
CAR ROADTAX STICKER sesuai untuk:
1. Roadtax kenderaan.
Minimum Order: 5 sticker sheets A3 size.
Please make sure that…
You upload your Artwork/Design when making an order.
Process duration
1 – 4 working days depending on quantity.
Custom order?
Please send your order details to sales@kedaibanner.com
Available for Self-collect or Delivery (*FREE shipping!)